//Shinee World

Assalamualaikum!

Welcome ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)





Big Claps !

Template: Ana Min-Ji
Basecode: Aina Syaza
Header: mrsBaekYeol
Others:
Goodbye...
Assalamualaikum. Hui hui, apa khabar? Saya disini sihat-sihat sahaja. First of all, saya nak minta maaf sebab dah lama sangat saya tak kemas kini blog ni. Cewah, ayat nak gramatis saja. Hahaha.

Okay, dah baca tajuk kat atas tu kan? Saya nak bye-bye dengan sape pulak ni. Dengan toyol kah, pontianak kah. Hahaha bukanlah, saya nak bye-bye kat seseorang. Kalau nak tahu siapa seseorang tu, bacalah ya :)

Actually, saya ada suka kat seorang mamat ni. Namanya dirahsiakan. Cuma orang-orang yang kenal saya dengan rapat je tahu. Saya suka dia sejak saya form 1 lagi, time dia masuk ke kelas Indigo 2. Kiranya first sight love lah ni. K geli pulak rasanya euw euw~

First day dia kat kelas Indigo 2, dia duduk belakang sekali dengan Muqri. Saya pun duduk belakang sebab bersembang dengan kawan. Mula-mula tu tak perasanlah dia kat belakang saya, tapi bila kawan saya bagitau yang ada budak hensem kat belakang saya barulah saya toleh ke belakang. Bila saya toleh je, dia tengok saya. Ya Allah, memang jantung saya dup dap dup dap lah time tu.

Saya ingatkan dia ni jenis yang senang bergaul dengan orang lain, tapi tak sangka pulak sombong. Kui3 macam manalah saya boleh suka kat dia. Pelik bin ajaib sungguh. Dia ni suka sangat bergaduh dengan best friend saya, Puteri. Memang gamatlah kelas jadinya kalau diorang bergaduh.

Masa form 1 tu saya takdelah jealous dengan dorang sebab suka-suka macam tu je dekat dia. Tapi tahun ni, saya taktahu lah kenapa saya jealous sangat bila Puteri cerita kat saya yang dia bergaduh dengan mamat ego tu. Oh ya, lupa nak bagitau. Saya dengan Puteri panggil dia mamat ego. Kui3 memang sesuai sangat dengan perangai dia tu. Ego tinggi!

Satu hari tu, Puteri cerita kat saya yang mamat ego tu hampir-hampir peluk dia. Ya Allah, saya rasa hati saya ni nak pecah je dengar cerita tu. Tapi saya sabar dan saya tak mengaku yang saya jealous time Puteri tanya saya jealous ke tak. Time tu saya rasa macam nak give up ja dengan mamat ego tu.

Sebelum ni pun saya pernah jugak terfikir, kenapa saya tak give up ja dengan mamat ego tu. Tapi kepala otak saya ni tak habis-habis ingatkan dia. Bangun tidur ingat dia, makan ingat dia, buat homework ingat dia, sampai nak tidur pun ingatkan dia. Macam mana saya nak give up kalau macam ni. Hati saya ni sakit tau tak, sampai hati mamat ego tu buat saya macam ni.

Now, saya dah fikir masak-masak. Saya... betul-betul... nak... give up... dengan... mamat... ego... tu :') Hahaha payah sangat nak sebutnya. Hati tak ikhlas ni tapi takpe, saya tetap akan berusaha untuk lupakan dia. Saya nak cakap sikit dengan dia walaupun saya tahu yang dia takkan baca dan buka blog saya ni.

Sorry kalau saya ada buat salah silap kat awak. Saya mengaku saya bukannya perempuan baik untuk awak sukakan saya. Ya, memang saya pernah buat kesilapan waktu saya form 1 dulu. Tapi, saya memang dah insaf sangat dan saya takkan buat macam tu lagi. Walaupun saya pernah couple dengan orang lain, tak bermakna dalam hati saya ni takda awak. Awak sentiasa ada dalam hati saya sampailah sekarang. Itu sajalah kut saya nak cakap. Harap awak bahagia lepas ni, saya takkan ganggu awak lagi. Bye mamat ego kesayangan saya :')

Comelkan saya kui3 K taktahu apa motifnya ayat first tu. Okay, setakat ini sajalah post untuk hari ini. Kalau saya tak dapat lupakan mamat ego tu, saya taktahulah nak buat apa. Selama ni saya selalu sangat bermimpi pasal dia, mimpi yang indah-indah pulak tu. Memang susahlah saya nak lupakan dia. Ya Allah, Engkau bantulah hamba-Mu ini. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Assalamualaikum :') 


Older Post | Newer Post