Assalamualaikum. K harini Wany nak cerita pasal CINTA. Err, apa itu cinta? Cinta ni banyak maksudnya. Wany bagi satu jelah maksudnya ya? Cinta bermaksud perasaan yang tak dapat dilihat dan di jelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar-benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka. Kdapat?
Dan cinta ni jugak banyak jenisnya. Haha macam lawak pulak ada jenis-jenisnya kshadap. Cinta terbahagi kepada 7 jenis. Antaranya:-
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. Pandai-pandailah bagaimana merawatnya supaya cinta pertama tetap segar, bak kata orang putih first love never dies. Cinta yang pertama belum tentu yang terbaik, tetapi yang terakhir biasanya yang terbaik.
Cinta yang sering dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakkan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberikan tunjuk ajar mengenai hampir semua perkara. Pasangan boleh menjadi idola, ataupun yang dapat memupuk minat dan kegemaran pada masa yang sama.
Cinta yang membuatkan seseorang taksub dengan cintanya. Percaya bahawa itulah cinta sejatinya. Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetapi masih yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.
Ibarat cinta Sabariah dengan Kassim Selamat. Awalnya memang bahagia, tetapi akhirnya nanti termakan rasa, termakan kata. Hal ini boleh diatasi jika ikatan dan pemahaman tinggi dan kuat. Status sosial yang terlalu berjurang mungkin menyebabkan ikatan menjadi longgar, berkadar dengan waktu.
Boleh dikatakan tidak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang sudah mempunyai ikatan atau sebaliknya. Ada sebilangan wanita yang gemar bermain cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, terikat itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.
Kisah cinta ini berlaku apabila si dia memberikan pertolongan di saat kita memerlukan. Tatkala kita kesusahan, si dia pasti ada. Dan apabila berlaku, si dia mahukan timbal balas yang sepatutnya, si dia menjadi penyelamat kerana dambakan cinta dari anda.
Cinta takkan datang dengan sendiri. Kita perlu mencari, kerana dengan mencari barulah kita akan tahu pahit masam erti cinta. Dan dengan mencari, barulah kita tahu cinta sebenar yang menjadi milik kita. Ia perlukan usaha, cinta dengan usaha akan membuahkan hasil yang bahagia, kerana kita telah mencari dengan daya cinta kita sendiri.
K dah baca kat atas tu? Haa, tulah jenis-jenis cinta. Semua maklumat yang Wany dapat ni Wany search kat Google. Wany ni bukanlah pakar sangat dalam soal cintan-cintun ni sebab Wany pun still single. K teeeeeeet! Hahahaha. Hm tu jelah kut nak cerita. Wany pun taktahu kenapa tiba-tiba nak buat post pasal cinta hehe. So kepada couple-couple di luar sana *ayat orang handsome ni* jagalah hubungan korang tu elok-elok. Jangan salah jalan pulak ya :) Kalau pasangan korang tu jenis cerewet ke apa, saboooooooooooo jelah! Hahaha kbye Assalamualaikum.
Older Post | Newer Post