
|
Assalamualaikum!
Big Claps ! Template: Ana Min-Ji Basecode: Aina Syaza Header: mrsBaekYeol Others: ▲▲▲ |
Cinta Facebook.
Lisa seorang gadis 17 tahun dan tinggal bersama ibu dan adiknya. Ibu bapanya sudah berpisah sejak Lisa berumur 5 tahun lagi. Lisa seorang pelajar yang pandai di sekolahnya dan guru-gurunya amat menyayangi Lisa. Ramai yang mahu berkawan rapat dengan Lisa dan ada juga pelajar lelaki yang ingin mencuba untuk mengurat Lisa. Maklumlah Lisa bukan sahaja pandai tetapi mempunyai wajah yang cantik. Mukanya putih bersih, matanya bulat seperti mata Heliza AF, hidungnya mancung dan mempunyai bibir yang mungil. Walau bagaimanapun, Lisa juga selalu menghabiskan masa lapangnya dengan meng-online Facebook dan Twitter. Di Facebook, setiap kali Lisa update status saja mesti ramai orang yang like status dia. Budak Hot lah katakan hahaha… Suatu hari, Lisa meng-online Facebooknya dan menyemak notification dan friend requests. Lisa ni boleh dikatakan memilih juga ketika meng-approve orang. Yelah, sekarang ni orang bukan boleh percaya sangat. Sesetengah orang tu just nak meramaikan rakan di friendlist sahaja, dah add tu bukan nak tegur ke apa. Dalam banyak-banyak friend requests yang Lisa terima pada hari itu, hanya dua orang sahaja yang Lisa terima. Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Lelaki itu bernama Khaleel. Dalam waktu yang sama, Khaleel jugak online. Jadi ketika mendapat tahu yang Lisa sudah terimanya menjadi rakan terus dia menegur Lisa di IM Chat. Khaleel: Assalamualaikum, hai. Thanks approve :) Lama juga Khaleel menunggu balasan daripada Lisa. Mungkin dia sibuk, desisnya sendiri. Waktu itu, Lisa ke tandas sebentar. Lima minit kemudian, baru Lisa keluar dari tandas. Dia menerima pesanan Khaleel itu lalu terus membalasnya. Lisa: Waalaikumsalam, hai. Oh, sama-sama. Thanks add :) Khaleel: Okay. Btw, I’m Khaleel. Awak pulak? Lisa: Saya Lisa. Khaleel: Awak tinggal di mana, berapa umur awak? Dia ni tak baca ke dekat info pasal aku. Ish mamat ni, kata Lisa di dalam hati. Tapi Lisa membalasnya. Lisa: Saya tinggal Bangsar dan I’m seventeen. Khaleel: Oh, saya pulak tinggal di Damansara. I’m seventeen too :) Lisa: Oh okay, nice to know you. Khaleel: Me too. “Lisaaaaaaa !” , Puan Hayati memanggil anaknya. “Ya, buuu?” , jawab Lisa. “Mari tolong ibu di dapur ni, janganlah asyik duduk di dalam bilik sahaja. Aih apalah anak ibu ni”. “Hahaha yelah bu, kejap lagi Lisa turun. Give me 5 minutes,” jawab Lisa lagi. Lisa: Sorry Leel, saya kena pergi. Ada hal sikit. Khaleel: Oh takpe, takpe. Saya harap lepas ni kita boleh sembang lagi. Lisa: Of course, you can. Okay bye Leel, assalamualaikum. Khaleel: Waalaikumsalam. Bersambung....... P/S: Assalamualaikum. Hihi aku taktahu apa yang aku buat. Tiba-tiba pulak nak buat macam ni. Btw sorry kalau tak best, enjoy kay bye :)
|