
|
Assalamualaikum!
Big Claps ! Template: Ana Min-Ji Basecode: Aina Syaza Header: mrsBaekYeol Others: ▲▲▲ |
Assalamualaikum. Jumaat yang lepas, sedara aku dari Manjung datang ke rumah aku. Diorang sampai pukul 10 atau 11 malam kot. Penat jugak aku tunggu diorang sampai, nasiblah haritu ada cerita Merlin. Faverot tu, layan jela. Malam tu, Ana tanya aku esok(semalam) nak pergi Ipoh ke tak. Aku setuju je sebab aku pun bosan dah lama tak tengok dunia luar. Duduk rumah membulatkan badan je tahu. Esoknya, lepas Zohor terus gerak Ipoh. Yang ikutnya aku, Ana, Anis, Bon dengan Nani. Actually, aku tak suka bebudak tu ikut. Menyemak kay -,- Sampai je Ipoh terus pergi Jusco, ingatkan nak tengok wayang tapi takjadi sebab takde cerita best lah. Kiteorang pusing satu Jusco tengok-tengok barang. Aku nak beli kasut kat Vincci then teringat pulak masa dekat rumah. Ibu kata takpayah beli, nanti duit aku habis. Hm memang aku sedih jugak takdapat beli tapi takpelah. Sebelum belah dari Jusco tu, kiteorang singgah dekat food court kejap nak beli donut Big Apple. Memang faverot aku lah pun ._____. Aku bagi idea dekat Ana nak makan donut dekat taman. So dia bawaklah kiteorang dekat Eco Park. Jauh jugak tempat tu, naik pening kepala aku duduk dalam kereta lama-lama. Tempat tu memang lawa, sesuai sangat pasangan couple nak dating okay. Ramai jugak pengantin-pengantin photoshoot dekat situ. Kiteorang makan dekat bawah pokok berhampiran dengan tasik. Ana cakap tasik tu ada ikan, boleh bagi makan roti. Aku beli dua donut, satu tu aku takhabis so aku baling lah dekat tasik hehe. Memang jakun gila aku tengok ikan-ikan tu makan. Habis makan pusing taman pulak. Mak aih, penat gila! Lepas lepak situ, kiteorang pergi makan laksa pulak. Okay kiteorang dekat Ipoh memang tak shopping apa-apa pun, maaaaaaaaaaaaaaakan je tahu :3 Kiteorang makan laksa Kedah. Hm sedap jugak tapi aku mintak taknak sayur makcik tu pergi bagi ada sayur. Aku memang tak suka makan sayur sejak dulu lagi so terpaksa lah aku makan jugak. Nak order air tapi aku taktahu nak minum apa. So minum cendol jela, itu je yang aku tahu. Laksa sedap, cendol taksedap! Aku takhabis pun, serious membazir -,- Ana tanya aku nak pergi mana, aku dah taktahu. Then aku pergi tanya dekat adik aku nak main bowling ke tak. Dia kata nak sebab memang dia teringin pun. Aku katalah main bowling. Dia bawak pergi Greentown. Aku ni mulut jahat sikit, selamba je mengutuk adik aku. Kata dia taklarat angkat bolalah, kasut takde saiz lah, dia yang bergolek lah, apalah haha kesian kau kecik. Sebelum confirm nak main tu, aku suruh Bon dengan Nani try angkat bola bowling tu. Hahahaha aku dah agak diorang takboleh angkat punyalah. So Ana ajak karaoke. Mula-mula tu pening jugak nak buat keputusan sebab aku nak karaoke dua jam, Ana nak karaoke pilih lagu. Last-last pilih lagu je. Aku dah tension sikit tapi cover cun je. Kiteorang pilih sepuluh lagu dekat satu bilik ni, lepas pilih pergi kaunter. Aku tak join Ana and lain-lain pun, malas nak dengar apa abang tu cakap. Aku buatlah muka comel sorang-sorang tiba-tiba abang tu tengok aku. Urgh mula dah malu aku tu. Aku pun pergi dekat diorang sebab nak masuk bilik dah. Abang tu tegur jangan termenung nanti kena tinggal. Bangang leeeeeeeeeeeeee! Nasib kau handsome hohoho. Time nyanyi lagu Ya Sudahlah by Bondan , abang tu lalu. Nani semangat gila nyanyi sampai abang tu berhenti usha kiteorang. Serious malu gila time tu. Pukul 7.30 malam kiteorang balik. Sebelum keluar dari tempat karaoke tu, ada abang yang takberapa handsome tu bukakan pintu untuk kiteorang. Aku dengan Nani jalan belakang sekali. Tiba-tiba abang tu cakap ''Comel lah adik ni'' . Okay aku confuse dia cakap dekat aku atau Nani so aku kata jelah dekat Nani. Aku bagitahu dekat Ana dengan Anis, diorang gelak. Nani kata abang tu kata dekat aku sebab dia nampak abang tu pandang aku. Lagipun time abang tu cakap aku tunduk. Aku dah malas nak kecoh-kecoh benda ni, diam jelah. Kiteorang sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. Memang enjoy gila haritu. Cik Izzah Nadia yang study dekat Kedah tu pun jealous sampai call aku haha. Takpe nanti dia balik, aku ajak dia jalan-jalan pulak. |